SILA TINGGAL KAN LINK BLOG ANDA DI ATAS..AGAK SENANG UNTUK DICARI..TERIMA KASIH :)

Menghilangkan Kesan Hitam Siku Dan Lutut


Ramai di kalangan kita mengalami kesan hitam di lutut dan siku.  Ia serba sedikit mencacatkan penampilan terutama sekiranya kita memakai pakaian berlengan pendek yang pasti akan mendedahkan siku. Keadaan siku yang berwarna gelap dan kehitaman ini serba sedikit juga akan mengurangkan keyakinan diri kita untuk berhadapan dengan khalayak ramai.

Di sini saya akan berkongsikan sedikit tips yang mampu membantu mereka mereka yang mengalami masalah siku dan lutut hitam ini.  Caranya adalah, ambil beberapa helai daun sirih lalu sapukan dengan sedikit kapur sirih dan minyak zaitun.  Gosokkanlah campuran ini ke lutut dan siku yang menghadapi masalah tersebut setiap hari.  Kesan itu akan sedikit demi sedikit beransur hilang.  Anda akan mendapat siku dan lutut yang cantik semula.

❤ terima kasih kerana sudi bace :) ❤

BLOG INI 100% MILIK NURUL FARHANA AFANDI :)